Tuesday

Ceriteraku

I just wrote it about  few minutes ago...
Tiba2 ada idea...untuk menggubah puisi berirama...

Di permulaan perkenalan,
Ku bukan pujangga idaman,
Ku disisih diketepikan,
Ku malap kala cahaya bersinaran,
Aku bagaikan bulan di sebalik penglihatan.

Tangisku hiburanmu,
Marahku ketawamu,
Marak api di hatiku,
Umpama salju bertamu di jiwamu.

Kau menemukan ku dengan perkenalan,
Kau mengajarku erti perhubungan,
Kau tunjukkan aku kasih dalam genggaman,
Kau yg terdahulu menyemai perasaan.

Namun mungkin dugaan,
Ada yg menghalang,
Dan aku bukan mampu untuk menentukan,
Sebuah pengakhiran.

Aku mulai terdampar di tepian,
Melihat keindahan binaan,
Mahligai tersegam dan aku tergamam,
Tak ku sangka mimpi ku wujud dalam jaga.

Tegar kau melalui rintangan,
Melawan arus melintang halangan,
Kau adalah kau,
Mungkinkah kau dapati aku sebagai aku?

Dan mungkin suratan,
Pemergian kau mendatang,
Dan aku bukan mampu untuk menentukan,
Sebuah pengakhiran.

Jasad pergilah, roh bersemadilah...
Tapi ku pinta satu,
Cintamu biarkan kekal di hatiku,
Cintaku biarkan kekal di jiwaku.

Perit itu biar ku rasai,
Pabila ku jatuh cinta lagi,
Kerana setidaknya aku mengetahui,
Untuk mencintai mungkin tak mempunyai.

Thursday

TEAMWORK

Assalamualaikum...apa khabar? Lama pulak rasanya tak layan blog sy ni...busy lah kononnya kan...

Btw, hari ni sy just nak share pasal 'Teamwork' sahaja...
Bagi korang, apa itu teamwork?
Kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu memanglah maksudnya kerja berkumpulan kan?
Tapi apa itu kerja berkumpulan?
Adakah ia bilamana semua orang berkongsi pendapat namun hanya mengharapkan satu tangan untuk mengerjakan semua idea yang telah dikongsi bersama?
Adakah ia bilamana satu kumpulan berbincang bagai gah bagi membuat suatu perkara dan mencapai satu gol namun kerja buat mereka 'halai-kebalai'?
Means, waktu discussion bukan main lagi itu ini bagai tapi bila masanya buat kerja macam endah tak endah, kerja macam 'asal siap' sahaja.
Walaupun suatu perkara itu hanyalah saat dunia belajar, sepatutnya hal-hal yang sebegitu sepatutnya dipraktikkan tanpa henti.
Macam yg kita biasa dengar, USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN kan???

Tapi mana usaha nya?
Nampak sangat kita ni ANGAN-ANGAN MAT JENIN.
Mat Jenin yang terbaru ni pun dah reti berusaha untuk mencapai cita-citanya.

So, panjang pulak kan leteran sy.

Teamwork tu, bilamana semua ahli dalam kumpulan menyumbang idea dan tenaga demi mencapai satu gol yang telah di'bajet' untuk "GOLLL!!!"...
Means, bila buat kerja, semua sanggup berkorban jiwa raga untuk team kecuali lah ada hal yang betul-betul tak mampu dihalang...macam ada ahli keluarga yang meninggal ke...yang tu tak upaya lah, terpaksa lah apply untuk 'ambil semula' diri tu untuk sementara.

Dan, time usaha tu, semua ahli kumpulan sanggup mencuba berkali-kali sehinggalah kejayaan dimiliki.
Jika ada yang patah semangat, ahli lain akan bangkitkan semula semangat tu.
Bukannya pabila seorang 'mandom', yang lain habis jadi slow jugak.

Apa ni???

Semua insan yang berjaya atas muka bumi ni gagal berkali-kali dan teruskan usaha berkali-kali sampailah mereka mencapai apa yang mereka idamkan.
Dan setiap percubaan mereka ialah percubaan yang bermakna, yang mana mereka menghabiskan terlalu banyak waktu dan ilmu bagi 'produk akhir' mereka.

Dalam team jugak, ita tak boleh angkut hal di luar tujuan bagi membangkang team...
Contoh, orang A ni pernah gaduh dengan orang B, disebabkan pergaduhan tu, mereka angkut masalah tu ke dalam team menyebabkan team berantakan.
Come on lah...matang...itulah yang kita namakan matang dalam kehidupan.
Jangan bawa hal peribadi masuk dalam masalah team.

Kebijaksanaan mengawal situasi tu penting bagi menjayakan suatu misi...

So, if you have a team...make sure you know hows the TEAMWORK...
Wish luck for your life...