Thursday

Tudung Labuh Menghalang Pergerakan?

Assalamualaikum...
Kerap juga sy dengar...ayat...
"Aku teringin pakai tudung labuh...tapi takut orang kutuk aku, harap tudung saja labuh tapi gedik."

Apa tafsiran 'gedik' yang diperkatakan tu?
Ramai yang berfikir, tudung labuh ni, mesti alim, warak, tak masuk dengan aktiviti-aktiviti yang ala-ala sukan bagai ni...

Di sini, sy cuma mahu anda membuka fikiran anda...
Tudung labuh tu, memang betul-betul menghalang pergerakan aktiviti anda kah?

Hakikat sebenarnya, TIDAK...

Bertudung labuh langsung tidak mengganggu apa sahaja aktiviti mahupun program yag diadakan.

Meskipun ada antara anda yag memakai tudung labuh, tak bererti dia tidak boleh bersukan, tidak semestinya dia tidak langsung bergaul degan lelaki.

Bergaul degan lelaki?
Jangan salah faham.
Bergaul dengan lelaki tidak semestinya GEDIK.
Fahami itu...
Kaum hawa boleh bergaul dengan kaum adam, asalkan ia merupakan hal yang berkaitan dan bukan berborak kosong semata-mata.
Bagi sy, tidak salah untuk berborak, tapi, kena pandai pilih waktu dan tempat.
Jangan berada di tempat ataupun waktu yang boleh mendatangkan fitnah...
Wanita ni pembawa fitnah...bukan bererti wanita yang salah.
Kadang-kadang, wanita telah menjaga sebaik munkin, namun masih difitnah...
Ada sebabnya...
Ada langkah yang salah.
Muhasabah diri...andainya ada keterlanjuran atau ketidaksengajaan yang berlaku.

Bertudung labuh, menghalang untuk meninggikan suara?
Ehem...ya, memang suara wanita itu aurat...
Tapi, jika salah pada caranya.
Jangan menjerit, jangan mendayu-dayu sehingga menggoda.
Wanita boleh menggunakan suara bagi memberi arahan yang jelas pada orang/pekerja/atau yang berkenaan.
Kalau dah ramai, mestilah kena tinggikan suara.
Itu tidak salah sebenarnya.
Tapi, kena bijak guna suara tu...

Di sini, perempuan berniqab pun mampu beri arahan untuk hari suai kenal...(orientasi),
Da'i Hamidah juga menggunakan intonasi yang tinggi rendah bagi menekankan dan menarik perhatian pendengar.
Jika dia menggunakan nada mendatar, mesti dah ada yang terlenaaa...

So...bertudung labuh, berniqab bahkan berburqa sekalipun, tak menghalang apa-apa...
Sama ada seseorang tu mahu beri kerjasama ataupun tidak sahaja...
Kita wajib follow Islam...tapi kita kena sempoi...
Mudah katanya...jadilah 'Ustazah' sempoi...
On dan sporting dalam whatever program dan keadaan tapi berlandaskan syariat Islam...
Jadi, jika anda tengok, ada orang bertudung labuh yang aktif,
Tak perlu label mereka gedik, pakaian tak kena dengan perangai dan sebagainya...
Lainlah kalau...insan yang bertudung labuh demi MENUTUP KEJAHATANNYA.
Tapi, kita hanya hamba Allah...tak layak kita judge hamba yang lain sedang kita tak tahu apa yang sebenarnya...
Andai kita tahu sekalipun...tegurlah secara personal dan tak perlu aibkan dia di hadapan orang ramai...
Melainkan, dia sendiri yang membuka keaibannya...itu memang...bongok dialah...

Sekian sahaja sampai sini perkongsian sy yang tidak seberapa ni...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment