Tuesday

Tanggungjawab...mental (batin)

Kadang mereka tak sedar tanggungjawabereka bukan sekadar bagi tempat tinggal, makanan minuman dan beri pelajaran...
Kadang mereka sedar tapi mereka abaikan kerana gah dengan title mereka...
Kerap mereka takkan terima kelemahan mereka apabila ditegur sesiapapun kerana ego...
Tapi ingatlah...menjadi ibu bapa itu tak mudah...
Hati, perasaan dan mental anak perlu dijaga...
Tak kira sama ada mereka masih kecil atau sudah besar...
Dengan cara itu...automatik anak dididik untuk turut menjaga hati kedua-dua orang tua mereka...
Walhal, mereka yag tidak dididik sebegitu, pastinya hancur di suatu masa nanti...
Bukan mendoakan, tapi itulah kenyataan...
Tak percaya?
Pergilah berborak dengan manusia yang kini berada di penjara, menanti tibanya kematian, juvana serta pusat pemulihan...
Bukan mempercayai kata mereka, tapi ini hakikat yang disaksikan sendiri...
Orang tua seringnya berkata, bahawa mereka telah berikan segalanya, mengapa begitu kepada mereka...
Ini disebabkan oleh, hati mereka yang telah diguris sejak mereka bayi...
Ingatlah, manusia mampu mengingati sesuatu sejak mereka 3 tahun...
Jangan kerana sejarahmu terluka satu ketika dahulu,menyebabkan kamu melakukan hal yang sama terhadap anak-anakmu...
Sekali lagi diperingatkan, bukan mudah menjadi ibu bapa yang sememang-memangnya ibu bapa...
Dan bagi si anak pula...fikirlah sebelum melunas kesakitan hatimu serta dendammu...
Kerana walau apapun yang terjadi, mereka tetap ibu bapamu...
Tanpa gabungan benih mereka, takkan wujud kamu di muka bumi...
Jangan rosakkan diri sendiri...dan jangan pula rosakkan diri yang lain...
#tanggungjawab #tanggungjawabibubapa #tanggungjawabanak

Saturday

BELAJAR...ILMU...

Setelah sy rasa, agak lama sy tinggalkan dunia makeup ni...
Sy cuba untuk masuk kembali...
Sebab, sy tahu sy masih minat bidang ni...
Sy minat bidang ni...
Kalau sy takkan sambung pengajian dalam bidang ni sekalipun, sy tak kisah...sebab pengalaman bekerja sebagai jurumakeup memang memberi kepuasan...
Sekarang pun, sy jadikan bidang ni sebagai bidang yang sy belajar secara tak formal...
Dulu ada jugak makeup orang tunang and kawin bagai...makeup untuk apa-apa event include prom night, birthday and whatever events yang ada permintaan untuk makeup...
And, pernah terlibat dalam tutorial makeup jugak...
Sekarang...sy tak berani...
Sebab...
1. Takda masa, masa sy terhad...sangat...
2. Dah lama tak sentuh barang makeup, so...ke'kekok'an tu memang kompom ado...
3. Barang makeup sy banyak yang hilang...

So...nak dikatakan...khamis kelmarin ni...geng fashion (kolej sy) ada exam...diorang kena design and jahit evening dresses...
Khamis tu waktu pembentangan lah kiranya...
Sy pun dipanggil untuk menjadi jurumakeup...
Dan ramai model yang terkejut...
"Budak pastri jadi jurumakeup..."

Haip...tak semestinya budak pastri tak tahu makeup...
Tak semestinya budak pastri tak tahu baiki plug rosak...
Tak semestinya orang kerja lombong tak reti memasak...
Dan sebagainya...

Ilmu?
Ilmu tu tak semestinya belajar di universiti, IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS bagai...
Di merata tempat boleh dicari ilmu tu...
Antara nak dengan taknak je...

Sy?
Sy belajar makeup daripada pengalaman bekerja sebagai MUA dalam team drama...
Walhal saat tu sy ketingtong...tak tahu macam mana...tapi atas tunjuk ajar senior, sy berjaya jugak...
Sy belajar design dresses? Daripada pengalaman bekerja sebagai wedding dresses designer di butik kawan...
Walhal time tu, sy cuma membantu kemas butik...dan tiba-tiba...buku lakaran baju sy tu, bos sy nampak...lalu dia test sy...
Sy belajar manage team daripada team drama sy, waktu tu sy jadi ketua untuk satu drama ni...macam senang...alaah...drama je pun.tapi hanya orang yang pernah merasa saja yang tahu peritnya...bukan senang nak manage dari lakonan, lokasi, persiapan, perhubungan, logistik dan macam-macam lagi.
Memang banyak dugaan, tekanan dan sebagainya, tapi dalam menuntut ilmu...tak kira apa sahaja ilmu, kita perlu kuat...

Banyak...ramai yang kata sy membuang masa...
Ye lah...
"Kenapa tak sambung belajar, ambil ijazah, master bagai...
kau pandai...SPM dulu pun kau ambil kos sains tulen, result gempak gak..."

Ye...memang itu penting jugak...
Tapi pada pendapat sy...jangan takut andai kita tiada apa-apa sekalipun...
Yang penting pengalaman dan ilmu yang kita kumpul...dan sy plus dengan point...minat...
Dari situ kita cambahkan sebagainya...
Cuma diri ni kena tough...
Memang banyak dugaannya bila kita start dari bawah...
Tapi bila kita start dari bawah tu lah, kita akan lebih menghargai kejayaan kita di masa yang akan datang nanti...
And...kena jujurlah...ikhlas...juga kena jaga adab dan janganlah show off...
Insyaallah...if you be humble to learn something, people might be willing to teach you...

Anyway...itu picture team model dan students fashion (kakak-kakak senior yang akan pergi LI minggu depan) hari Khamis tu...
Sy takde dalam pic...tak layak pun...hahah...
Btw...good luck to all of them...semoga 4flat dalam genggaman...
Aamiin, Insyaallah...

Rantaian Lagu Dangdut???

Aku ada usya...lepak dengan member yang minat dangdut...
Serius secara peribadi aku paling tak suka dangdut...
Tapi tak pula aku suruh orang yang suka dangdut tu berhenti suka dangdut...
Cuma, janganlah melampau sangat eh...
Dan...ada banyak lagi lagu dangdut yang lebih sopan berbanding lagu Gadis Bukan Perawan.
Apo banggo sangat ko takdo daro?
Open minded tu tak salah, tapi biar open minded secara manusia berakal mengikut haluan agama...
Dengar lagu tu, manusia lain turut menyanyi...
Cuba kalau time tu ada jantan yang dengar nyanyian tu...
Jantan tu peduli hape?
Ikan mas ada ngap copat lar...
Tambah lak yang nyanyi lagu yang mana dengan bangganya menyatakan seorang gadis tu pernah terlibat dalam catatan buku romantik hitam...
Plus, alih-alih aweks tu membungkus aurat pulak, bukan menutup aurat...
Haih...peluang nih peluang...
So please lah aweks...
Rasa macam takda hal pun kan dengar and nyanyi lagu yang macam tu...
Tapi bayangkan kalau rantaian kejadian tu betul-betul terjadi?
FYI, semua tu TIDAK MUSTAHIL...

Belajar???

Kalau belajar jaga anak, boleh pergi kindergarden atau ambil upah/sukarela jaga anak sesiapa,
Tapi...
Kalau nak belajar jadi isteri, takkan kau nak borrow laki orang beb? 
Macam mana kelangsungan hidup bagai?
Habis tu kalau kau nak belajar jadi ibu, kau nak kena mengandung and beranak dulu lah kan?
������

Falsafah Si Anak Helang dan Si Pipit

Seekor anak helang yg telah kehilangan ibunya saat dia belum pandai terbang,
Dia mahu terbang, tapi tiada seekorpun burung yang berada di kawasan itu...
Tatkala itu dia terlihat seekor pipit yang terbang mencari makanan,
Lalu dia mengangkat kepala memandang langit, seakan-akan dia gah walhal helang apakah yang gah jika ia tidak tahu terbang...
Si pipit yang sebenarnya mengetahui cuba menanti di dahan sebelah...
Namun tiada juga si anak helang memohon tunjuk ajar...
Akhirnya si pipit cuba meminta dan sukarela untuk mengajar anak helang itu terbang namun ditolak si anak helang...
Si anak helang ingin sendiri cuba untuk terbang, dengan tiada terdaya di pipit, dia hanya melihat si anak helang yang makin ego hanya kerana ianya seekor helang...
Apakah yang akan terjadi kepada si anak helang?
Terbang begitu saja?
Terjatuh ke muka bumi lalu cedera parah?
Terjatuh ke muka bumi serta dengan tak sengajamencederakan kehidupan lain di atas muka bumi itu?
Fikir-fikirkanlah...

Wake your humanity up 1

Anak tak mature lagi...paling tak pun baru dalam 12 tahun...
Otak pun bengong lagi...
Lepas tu bila dia buat kesalahan secara TAK SENGAJA,
Kau pukul dia sampai nak mati...
Dia meraung, memohon, meminta belas kasihan tidak pun kau peduli...
WOIII!!!
Bangkitlah manusia!
Mana menghilang sense manusia kau?
Islam tak ajar kau pukul anak teruk-teruk walaupun dia ada buat kesalahan.
Islam tak ajar kau pukul anak-anak di bahagian kepala.
Islam tak ajar kau sakiti anak-anak tak kira apapun yang dia buat.
Nak ada anak, ajar dan didik dengan cara yang betul.
Kalau fikir stress kau, atau apa-apa sahaja perasaan kau sehingga menganiayai anak-anak kau,
Baik kau jangan ada anak.
Kenapa nak follow syaitan juga?
Kalau kau Christian sekalipun,
Jesus ada ke ajar kau macam tu kepada anak-anak kau?
Kenapa nak follow Judas sedangkan Jesus tu sebaik-baik kehidupan yang kau tahu?
Sedarlah manusia...walau apa sekalipun agama kau...
Baik, Islam, Christian, Buddha, Hindu atau apa sekalipun...

Come on!
Wake you humanity sense up!

Friday

Resepi Ikan Kerapu Kukus

Assalamualaikum...(^-^)
Tadi sy masak kerapu kukus untuk lunch...
Sy masak 3 ekor kecil ikan kerapu tu...licin family sy makan...hahaa...
Alhamdulillah lah kalau betul sedap...
So sekarang, niat sy, nak share resepi ikan kerapu kukus yang sangat simple dan mudah ni...
Bahan-bahan :
1. 1 kg ikan kerapu ( lebih kurang 3 ekor ikan kerapu bersaiz kecil )
2. 5 ulas bawang putih ( tumbuk perlahan dan cincang)
3. 1 inci halia ( cincang )
4. 1/2 tbsp garam
5. 1/3 cawan sos tiram ( kalau tak cukup, tambah, sampai dapat lumur keseluruhan ikan )
6. 1 batang serai ( titik )
6. 1 tbsp perahan limau nipis
Now, cara-caranya :
1. Ambil satu mangkuk, satukan semua bahan-bahan kecuali perahan limau nipis...
2. Lumur campuran bahan-bahan pada ikan kerapu. Kalau nak cantik, ikan kerapu tu korang bagi dia berdiri dan mulut ternganga...nak buat bagi mulut ternganga, korang bagi je ikan tu gigit bawang putih seulas...
3. Letak dalam pengukus, masukkan serai yang telah dititik.
4. Kukus selama 15 - 20 minit...
5. Campurkan perahan limau nipis, kukus lagi 5 - 10 minit...
Okay...Boleh angkat ikan, letak atas pinggan...tapi hati-hati ye, salah angkat nanti...hancurrr...
And...buang tau bawang putih yang dia gigit tu...
Lepas tu, korang akan dapat kuah dia yang warna...tak tahu lah nak kata warna apa...hahaa...
Jangan buang kuah tu, tapi jangan hidang, masin sangat.
So, sekarang, masak gravy dia pulak...Er...apa-apapun, serai tu keluarkan eh...buang je...
Bahan-bahan :
1. Kuah ikan kukus
2. 1 biji bawang kecil ( cincang )
3. 1 cawan air
4. 2-3 biji bawang besar ( hiris )
5. 2 biji tomato ( belah enam setiap tomato )
6. 2 sudu tepung jagung + 1 cawan air ( bancuh )
Cara-cara :
1. Panaskan kuali, masukkan dalam...1 senduk minyak masak...
2. Tumis bawang...
3. Kemudian, masukkan kuah ikan kukus tu...masukkan semuanya...
4. Masukkan pula air...
5. Lepas tu, bawang pulak...
6. Agak-agak bawang tu dah turun manis, masukkan bancuhan tepung jagung...
7. Rasa...kalau korang jenis yang suka masin, ataupun korang rasa kurang masin ke, boleh tambah garam...
8. Akhir sekali masukkan tomato...tutup api...
Selesai...tuang atas ikan kerapu tu...hidang...
Sedia untuk dimakan!
Yummy...
Btw sorry, camera tab sy memang tak cantik, so, gambar memang...
Er...tak membawa selera...