Friday

Resepi Ikan Kerapu Kukus

Assalamualaikum...(^-^)
Tadi sy masak kerapu kukus untuk lunch...
Sy masak 3 ekor kecil ikan kerapu tu...licin family sy makan...hahaa...
Alhamdulillah lah kalau betul sedap...
So sekarang, niat sy, nak share resepi ikan kerapu kukus yang sangat simple dan mudah ni...
Bahan-bahan :
1. 1 kg ikan kerapu ( lebih kurang 3 ekor ikan kerapu bersaiz kecil )
2. 5 ulas bawang putih ( tumbuk perlahan dan cincang)
3. 1 inci halia ( cincang )
4. 1/2 tbsp garam
5. 1/3 cawan sos tiram ( kalau tak cukup, tambah, sampai dapat lumur keseluruhan ikan )
6. 1 batang serai ( titik )
6. 1 tbsp perahan limau nipis
Now, cara-caranya :
1. Ambil satu mangkuk, satukan semua bahan-bahan kecuali perahan limau nipis...
2. Lumur campuran bahan-bahan pada ikan kerapu. Kalau nak cantik, ikan kerapu tu korang bagi dia berdiri dan mulut ternganga...nak buat bagi mulut ternganga, korang bagi je ikan tu gigit bawang putih seulas...
3. Letak dalam pengukus, masukkan serai yang telah dititik.
4. Kukus selama 15 - 20 minit...
5. Campurkan perahan limau nipis, kukus lagi 5 - 10 minit...
Okay...Boleh angkat ikan, letak atas pinggan...tapi hati-hati ye, salah angkat nanti...hancurrr...
And...buang tau bawang putih yang dia gigit tu...
Lepas tu, korang akan dapat kuah dia yang warna...tak tahu lah nak kata warna apa...hahaa...
Jangan buang kuah tu, tapi jangan hidang, masin sangat.
So, sekarang, masak gravy dia pulak...Er...apa-apapun, serai tu keluarkan eh...buang je...
Bahan-bahan :
1. Kuah ikan kukus
2. 1 biji bawang kecil ( cincang )
3. 1 cawan air
4. 2-3 biji bawang besar ( hiris )
5. 2 biji tomato ( belah enam setiap tomato )
6. 2 sudu tepung jagung + 1 cawan air ( bancuh )
Cara-cara :
1. Panaskan kuali, masukkan dalam...1 senduk minyak masak...
2. Tumis bawang...
3. Kemudian, masukkan kuah ikan kukus tu...masukkan semuanya...
4. Masukkan pula air...
5. Lepas tu, bawang pulak...
6. Agak-agak bawang tu dah turun manis, masukkan bancuhan tepung jagung...
7. Rasa...kalau korang jenis yang suka masin, ataupun korang rasa kurang masin ke, boleh tambah garam...
8. Akhir sekali masukkan tomato...tutup api...
Selesai...tuang atas ikan kerapu tu...hidang...
Sedia untuk dimakan!
Yummy...
Btw sorry, camera tab sy memang tak cantik, so, gambar memang...
Er...tak membawa selera...

No comments:

Post a Comment