Kadang mereka tak sedar tanggungjawabereka bukan sekadar bagi tempat tinggal, makanan minuman dan beri pelajaran...
Kadang mereka sedar tapi mereka abaikan kerana gah dengan title mereka...
Kerap mereka takkan terima kelemahan mereka apabila ditegur sesiapapun kerana ego...
Tapi ingatlah...menjadi ibu bapa itu tak mudah...
Hati, perasaan dan mental anak perlu dijaga...
Tak kira sama ada mereka masih kecil atau sudah besar...
Dengan cara itu...automatik anak dididik untuk turut menjaga hati kedua-dua orang tua mereka...
Walhal, mereka yag tidak dididik sebegitu, pastinya hancur di suatu masa nanti...
Bukan mendoakan, tapi itulah kenyataan...
Tak percaya?
Pergilah berborak dengan manusia yang kini berada di penjara, menanti tibanya kematian, juvana serta pusat pemulihan...
Bukan mempercayai kata mereka, tapi ini hakikat yang disaksikan sendiri...
Orang tua seringnya berkata, bahawa mereka telah berikan segalanya, mengapa begitu kepada mereka...
Ini disebabkan oleh, hati mereka yang telah diguris sejak mereka bayi...
Ingatlah, manusia mampu mengingati sesuatu sejak mereka 3 tahun...
Jangan kerana sejarahmu terluka satu ketika dahulu,menyebabkan kamu melakukan hal yang sama terhadap anak-anakmu...
Sekali lagi diperingatkan, bukan mudah menjadi ibu bapa yang sememang-memangnya ibu bapa...
Dan bagi si anak pula...fikirlah sebelum melunas kesakitan hatimu serta dendammu...
Kerana walau apapun yang terjadi, mereka tetap ibu bapamu...
Tanpa gabungan benih mereka, takkan wujud kamu di muka bumi...
Jangan rosakkan diri sendiri...dan jangan pula rosakkan diri yang lain...
#tanggungjawab #tanggungjawabibubapa #tanggungjawabanak
Tuesday
Tanggungjawab...mental (batin)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment