Friday

Berus gigi BRISTLES???

Assalamualaikum.

Jawapan tentang 'bristles'=bulu babi
Berus yg diperbuat daripada bulu babi ialah #BOAR'S #BRISTLE dan bukan bristles semata-mata.
Kerana BRISTLES membawa maksud #BULU PENDEK. Kan ke #berus gigi tu bulu pendek?
Berus gigi biasanya diperbuat daripada #nylon atau mana2 bulu yg lembut.
Bulu babi terlalu keras untuk dijadikan berus gigi dan ia boleh mencederakan gusi jika seseorang tu tak reti memberus dengan sopan.

Ada je berus gigi bulu babi tu.
Tapi diorang punya berus memang ada label BOAR'S BRISTLES or PIG'S BRISTLES.
Seperti berus gigi jenama Funch(berus gigi jenama lama berzaman dulu).
Tapi colgate, oral-b dan lain2 diperbuat daripada nylon.
Kes ni sebenarnya kes yg telah terjawab lebih kurang 8 tahun lalu.
Tapi tak tahu lah kenapa ia dibangkitkan dan diviralkan semula kini.
So far sy ikuti forum2 Islam (mahupun malaysia punya version dan english version yg mana org Islam serata tempat join), memang tiada keraguan pada berus gigi #oral-b, #colgate, aqua mende ntah dan lain2.

Sekali lagi, korang perlu check BOAR'S BRISTLES or PIG'S BRISTLES tu, BUKAN BRISTLES sebab bristle membawa maksud bulu pendek.

Dan kebiasaannya #berusgigi diperbuat dari nylon.

Dan...korang perlu jugak risau jika ia dilabel NATURAL/PURE BRISTLES  sebab kadang2 diorang letak natural sebagai tanda bulu tu diambil dari haiwan...sama ada babi atau kuda lah biasanya.
Jadi cara utk menghindari, tak payah beli lah natural bristles.
Tapi as long as ia cuma dilabelkan BRISTLES, tak perlu takut utk beli.
Kalau korang takut, alamatnya tak payah berus gigi lah sebab semua berus gigi ada label bristles tu.
Takpun beli je kayu sugi. Settle...

1 lagi, macam mana nak kenal bulu babi, hujung dia bercabang.
Kalau bercabang tu Insyaallah tu bulu pig...

Wallahu'alam

Wednesday

Resepi Mudah Mantou

How to make #mantau ?
#resepi simple giler...
Tak perlu beli mantau sejuk beku kat pasar raya lepas ni...

Bahan-bahan :
1. 350 gm tepung serbaguna (ayak)
2. 35 gm gula kastor
3. 1/2 sudu besar yis segera
4. 180 ml air
5. 30 ml minyak zaitun
6. 2 1/2 sudu besar serbuk koko (ayak)

Kalau korang suka mantou yang creamy sikit, korang boleh gantikan 80 ml air tu dengan susu.

Means, 100 ml air dan 80 ml susu segar.

Cara-caranya...

1. Campur semua bahan kering kecuali serbuk koko.

2. Masukkan air dan uli sampai jadi doh.

3. Masukkan minyak zaitun dan uli lagi.

4. Then bahagikan doh kepada dua bahagian yang sama timbangannya.

5. Masukkan serbuk koko pada salah satu doh dan uli hingga sebati.

6. Wrap kedua-dua doh dan rehatkan selama 10 minit.

7. Dah? Kemudian, canai doh warna putih membentuk segi empat.

8. Buat benda yang sama bagi doh warna coklat.

9. Tindih doh warna coklat atas doh warna putih.

10. Gulungkan...ala-ala nak buat kek gulung tu...

11. Potong doh yang telah digulung ikut kesukaan sendiri. Aku potong...lebih kurang 1 inci.

12. Rehatkan selama 30 minit.

13. Untuk sejuk beku, kukus mantau selama 5 minit, sejukkan di redai sebelum disimpan dalam freezer.

14. Untuk makan, kukus terus selama 15-17 minit.

Tadaa... #resepimantau yang memang mudah gila kan...
Okay...sampai sini saja, tataa...


Gambar atas pinggan ni mantau yang sedia dimakan...

Gambar mantou atas redai tu pulak untuk disejukbekukan.

Dan gambar mantou atas baking paper tu ketika selesai dipotong kecik-kecik.

Tuesday

Resepi Siakap Kukus Lemon

Assalamualaikummm...
Nahhh...sekarang sy nak share resepi bab2 kukus lagi...
Tapi kali ni...siakap kukus lemon...

Mudah dan ringkas...sedap pun sedap...

Bahan-bahannya...

BAHAN TUMBUK :
1. Bawang merah - 4 biji
2. Bawang putih - 4 ulas
3. Halia - 1 inci

BAHAN PERAP :
1. Sos tiram - 4 sudu
2. Taucu - 1 sudu teh
3. Garam - 1 @ 1/2 sudu teh
4. Jus lemon - 4 sudu besar

BAHAN LAIN :
1. Ikan siakap saiz sederhana - 1 ekor
2. Serai - 1 batang (dititik)
3. Tomato saiz kecil - 2 biji (dibelah empat)
4. Cili merah - 1 batang (dipotog menyenget)
5. Tepung jagung - 1/2 sudu besar
6. Air - untuk bancuh tepung jagung

7. Sebiji bawang merah - dihiris

8. Sedikit halia (+-0.5 inci) - dihiris

Jeng jeng...
CARA - CARANYA ...

1. Tumbuk semua bahan tumbuk tu...tak lumat pun takpe.

2. Masukkan semua bahan perap ke dalam bahan tumbuk. Gaulkan sebati.

3. Lumur pada ikan siakap yg dah dikelar tu. Perap selama sejam hingga dua jam.

4. Dah perap? Masukkan dalam kuali kukus...masukkan serai yang telah dititik.

5. Kukus selama 15-20 minit.

6. Kemudian, masukkan tomato, cili merah, bawang juga halia yang dihiris tadi dan bancuhan tepung jagung. Kukus lagi selama...lebih kurang 5-7 minit...

7. Then...siappp!
Hidangkan mengikut citarasa dan kreativiti sendiri...

Mudah kan???
Okay...sampai sini saja...
Tataa...

Resepi Udang Goreng Tom Yam

Hye...Assalamualaikum...
Lama pulak tak update blog...
Tak kisahlah ada orang suka atau tak blog ni...
Yang penting kita update...hihi...

So...2 hari lepas, sy ada masak tomyam goreng...
Sedap...pes sendiri k...
Nak pakai pes segera pun takpe...
Tapi buat sendiri lagi nikmat...
Tomyam goreng ni, lebih kurang macam tomyam je, tapi dia kering, tak berkuah melaut macam tomyam biasa tu...

So...bahan-bahannya...memang simple dan mudah gilaaa...

KISAR
1. Bawang besar - 3 biji
2. Bawang putih - 2 ulas
3. Cili kering - 4...batang ke? (Confused)
4. Cili padi - 2 batang
5. Serai - 1 batang
6. Tomato - 2 biji
7. Halia - 0.5 inci

BAHAN LAIN
1. Udang laut - 1/2 kg
2. Daun limau purut - 3 helai
3. Tomato puri - 2 sudu besar
4. Sos cili - 2 sudu besar
5. Sos tiram - 2 1/2 sudu besar
6. Asam keping - 2 keping
7. Garam - secukup rasa
8. Gula - sedikit (lebih kurang 1 sudu teh...)

9. Bunga kantan - sekuntum...cincang halus (kalau ada masalah angin, tak masukkan pun takpe)

CARA-CARANYA...
1. Panaskan kuali...and minyak...jangan banyak sangat...tak elok...

2. Tumis bahan kisar bersama daun limau purut dan asam keping.

3. Agak-agak bau limau purut dah naik, cili kisar tu pun agak masak, masukkan tomato puri, sos cili dan sos tiram (masukkan bunga kantan).

4. Korang masak la sampai cili tu betul-betul masak. Waktu tu, korag boleh keluarkan asam keping tu. Ikut taste kepedasan korang lah...kalau nak pedas, keluarkan awal sikit. Kalau tak nak pedas langsung...biarkan sampai cili masak...tak pun, korang tak payah kisar cili tadi...hehe...

5. Siap? Eh...belum...masukkan gula dan garam dulu...
Then, masukkan udang...'kaup balik' udang2 tu sampai masak semuanya...
Pendek kata, sampai semua warna dia berubah jadi keemasan.
Dan kalau udang yang lurus tu, sampai kepala dia bengkok bertemu ekor.

Jangan lama sangat tau.
Lama sangat nanti udang terlebih masak, susah nak buang kulit dia.

Elakkan makan kulit udang, bahaya...

Tapi jangan mentah pulak...pun bahaya jugak...

Orait...siaplah udang goreng tomyam...
Hidanglah mengikut citarasa dan kreativiti anda...
Sorry la, sy tak kreatif...

Tataa...sampai sini saja...