Wednesday

Hukum Perkahwinan Berlainan Agama

Dalam Islam, kita dituntut untuk berkahwin dan besarkan keluarga Islam di atas muka bumi ini. Tetapi...
Boleh ke nak kahwin dengan orang yg bukan seagama dengan kita?
Kita beragama Islam...
Boleh tak kalau nak kahwin dengan orang yg beragama Buddha ke, Hindu ke, Kristian ke, atau yg mengamalkan kepercayaan Animism ke...

Boleh! Asalkan kamu mampu buat hingga dia memeluk Islam terlebih dahulu...

Okay...SEBENARNYA...
Kita tidak boleh untuk mengahwini sesiapa sahaja yg bukan beragama Islam...
Andai kita tetap berdegil, perkahwinan itu automatik akan menjadi perkahwinan yg TIDAK SAH...

Apa kesan rantaian daripada perkahwinan yg tidak sah ini?

Kesannya bermula apabila pasangan itu melakukan hubungan seks, yg mana hubungan itu sebenarnya terlarang.
Mudah kata, mereka ini sebenarnya berzina.
Jadi, jika mereka memperoleh anak melalui perhubungan itu, maka anak itu sebenarnya merupakan anak zina. Jadi bagaimana pula dengan perkahwinan yg seterusnya? Apatah lagi jika anak itu mengikut jejak ibu bapanya iaitu mengahwini orang yg bukan seagama dengannya.
Anak zina, bererti mereka itu kabur dari segi siapa bapa mereka...walaupun memang jelas benih itu daripada si bapa, mereka sebenarnya tidak layak di'bin' atau di'binti'kan kepada nama si bapa. Malahan, si bapa itu tidak layak menjadi wali mereka. Bagaimana pula mereka mahu berkahwin? Mereka kira si bapa itu ialah bapa mereka sedangkan bukan.
Jadi permasalahan ini akan terus-terusan berlanjutan dan selagi mana ia berlanjutan, selagi itu lah dosa dikumpul.
Wallahu'alam, untuk kes status ini, sy kurang mengetahui, jadi sy tak dapat share secara detail.

Jangankan kata mengahwini orang yg bukan seagama, andainya sewaktu berkahwin kedua-dua suami isteri itu Islam, tetapi setelah berkahwin, salah seorang mereka murtad ( keluar dari agama Islam ), perkahwinan itu secara automatik terfasakh dengan sendiri.

Fasakh, ia adalah pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat yg tidak dipenuhi...
Syarat sah perkahwinan adalah kedua-duanya Islam, jadi, jika salah seorang keluar dari Islam, tamatlah berakhirlah hubungan rumah tangga mereka.
Tetapi mereka masih boleh kembali bersama, dengan syarat, kembali pada Islam dan dengan lafaz akad nikah yg baru ( berkahwin semula ).

Pendek kata di sini, perkahwinan berlainan agama adalah tidak sah di sisi Islam kerana syarat sah perkahwinan menurut Islam juga adalah, kedua-duanya perlu beragama Islam.
Sekian, sy hanya mampu share apa yg termampu sahaja.

No comments:

Post a Comment