Tuesday

Tiada jeda tiada henti

Tiadanya jeda saat hati bersulam kekecewaan
Tiadanya henti tika diri diulit kehampaan
Jika ia memang tidakkan mati
Diri juga kan diliputi keegoan diri
Kecewa berbalas kecewa
Hampa berbalas hampa
Kan berakhirlah setiap sanubari
Lalu tidakkan jua simpati diri terpateri
Detik tak menanti
Ia tidak mengubah nurani
Makanya andai ego kan meruntuh
Dicarinya kunci untuk kukuh
Jiwa yang lemah kan terus luluh
Namun apa yang termampu hanyalah patuh
Walau semakin bersarang musuh

Thursday

Tudung Labuh Menghalang Pergerakan?

Assalamualaikum...
Kerap juga sy dengar...ayat...
"Aku teringin pakai tudung labuh...tapi takut orang kutuk aku, harap tudung saja labuh tapi gedik."

Apa tafsiran 'gedik' yang diperkatakan tu?
Ramai yang berfikir, tudung labuh ni, mesti alim, warak, tak masuk dengan aktiviti-aktiviti yang ala-ala sukan bagai ni...

Di sini, sy cuma mahu anda membuka fikiran anda...
Tudung labuh tu, memang betul-betul menghalang pergerakan aktiviti anda kah?

Hakikat sebenarnya, TIDAK...

Bertudung labuh langsung tidak mengganggu apa sahaja aktiviti mahupun program yag diadakan.

Meskipun ada antara anda yag memakai tudung labuh, tak bererti dia tidak boleh bersukan, tidak semestinya dia tidak langsung bergaul degan lelaki.

Bergaul degan lelaki?
Jangan salah faham.
Bergaul dengan lelaki tidak semestinya GEDIK.
Fahami itu...
Kaum hawa boleh bergaul dengan kaum adam, asalkan ia merupakan hal yang berkaitan dan bukan berborak kosong semata-mata.
Bagi sy, tidak salah untuk berborak, tapi, kena pandai pilih waktu dan tempat.
Jangan berada di tempat ataupun waktu yang boleh mendatangkan fitnah...
Wanita ni pembawa fitnah...bukan bererti wanita yang salah.
Kadang-kadang, wanita telah menjaga sebaik munkin, namun masih difitnah...
Ada sebabnya...
Ada langkah yang salah.
Muhasabah diri...andainya ada keterlanjuran atau ketidaksengajaan yang berlaku.

Bertudung labuh, menghalang untuk meninggikan suara?
Ehem...ya, memang suara wanita itu aurat...
Tapi, jika salah pada caranya.
Jangan menjerit, jangan mendayu-dayu sehingga menggoda.
Wanita boleh menggunakan suara bagi memberi arahan yang jelas pada orang/pekerja/atau yang berkenaan.
Kalau dah ramai, mestilah kena tinggikan suara.
Itu tidak salah sebenarnya.
Tapi, kena bijak guna suara tu...

Di sini, perempuan berniqab pun mampu beri arahan untuk hari suai kenal...(orientasi),
Da'i Hamidah juga menggunakan intonasi yang tinggi rendah bagi menekankan dan menarik perhatian pendengar.
Jika dia menggunakan nada mendatar, mesti dah ada yang terlenaaa...

So...bertudung labuh, berniqab bahkan berburqa sekalipun, tak menghalang apa-apa...
Sama ada seseorang tu mahu beri kerjasama ataupun tidak sahaja...
Kita wajib follow Islam...tapi kita kena sempoi...
Mudah katanya...jadilah 'Ustazah' sempoi...
On dan sporting dalam whatever program dan keadaan tapi berlandaskan syariat Islam...
Jadi, jika anda tengok, ada orang bertudung labuh yang aktif,
Tak perlu label mereka gedik, pakaian tak kena dengan perangai dan sebagainya...
Lainlah kalau...insan yang bertudung labuh demi MENUTUP KEJAHATANNYA.
Tapi, kita hanya hamba Allah...tak layak kita judge hamba yang lain sedang kita tak tahu apa yang sebenarnya...
Andai kita tahu sekalipun...tegurlah secara personal dan tak perlu aibkan dia di hadapan orang ramai...
Melainkan, dia sendiri yang membuka keaibannya...itu memang...bongok dialah...

Sekian sahaja sampai sini perkongsian sy yang tidak seberapa ni...
Wassalam...

Friday

Father, mother, children...(1)

Ibarat air dan tanah...
.....
Andainya tanah tidak bergegar...
Maka tiadanya air berkocak...
Namun,
Andainya tanah bergegar...
Maka berkocaklah air...
Air tidak mengerti...
Air terus naik memuncak hingga ia memusnahkan...
Meski saat itu tanah telahpun berhenti bergegar...
Air belum lagi bertenang...
Malah ia masih membawa kehancuran...
.....
Pun begitu...
Ada juga dimana...
Air mempamerkan betapa ia agresif...
Hinggakan ia menyentuh kasar tanah...
Akhirnya bukan sekadar air yang membawa kehancuran...
Malah,
Tanah jua membantu membinasakan...
.....
Ada juga yang mana...
Tanah mengandungkan air dengan baik...
Hinggakan tumbuhan menghijau kerananya...
Kerana tanah dan air bersama mengindahkan...
.....
Ada pula...
Tanah itu kering kontang...
Tiadapun tumbuhan di situ...
Namun air turun memberinya harapan...
Lalu secara perlahan tumbuhlah tumbuhan yang menghijau...
.....
Apakah itu tanah?
Apakah itu air?
Itulah leluhur juga anaknya...
Leluhur itu sang ibu juga sang ayah...
Anak itu tetap juga sang anak...
Maka...biarlah jadi tanah dan air yang menghijaukan tumbuhan...

Tuesday

Tanggungjawab...mental (batin)

Kadang mereka tak sedar tanggungjawabereka bukan sekadar bagi tempat tinggal, makanan minuman dan beri pelajaran...
Kadang mereka sedar tapi mereka abaikan kerana gah dengan title mereka...
Kerap mereka takkan terima kelemahan mereka apabila ditegur sesiapapun kerana ego...
Tapi ingatlah...menjadi ibu bapa itu tak mudah...
Hati, perasaan dan mental anak perlu dijaga...
Tak kira sama ada mereka masih kecil atau sudah besar...
Dengan cara itu...automatik anak dididik untuk turut menjaga hati kedua-dua orang tua mereka...
Walhal, mereka yag tidak dididik sebegitu, pastinya hancur di suatu masa nanti...
Bukan mendoakan, tapi itulah kenyataan...
Tak percaya?
Pergilah berborak dengan manusia yang kini berada di penjara, menanti tibanya kematian, juvana serta pusat pemulihan...
Bukan mempercayai kata mereka, tapi ini hakikat yang disaksikan sendiri...
Orang tua seringnya berkata, bahawa mereka telah berikan segalanya, mengapa begitu kepada mereka...
Ini disebabkan oleh, hati mereka yang telah diguris sejak mereka bayi...
Ingatlah, manusia mampu mengingati sesuatu sejak mereka 3 tahun...
Jangan kerana sejarahmu terluka satu ketika dahulu,menyebabkan kamu melakukan hal yang sama terhadap anak-anakmu...
Sekali lagi diperingatkan, bukan mudah menjadi ibu bapa yang sememang-memangnya ibu bapa...
Dan bagi si anak pula...fikirlah sebelum melunas kesakitan hatimu serta dendammu...
Kerana walau apapun yang terjadi, mereka tetap ibu bapamu...
Tanpa gabungan benih mereka, takkan wujud kamu di muka bumi...
Jangan rosakkan diri sendiri...dan jangan pula rosakkan diri yang lain...
#tanggungjawab #tanggungjawabibubapa #tanggungjawabanak

Saturday

BELAJAR...ILMU...

Setelah sy rasa, agak lama sy tinggalkan dunia makeup ni...
Sy cuba untuk masuk kembali...
Sebab, sy tahu sy masih minat bidang ni...
Sy minat bidang ni...
Kalau sy takkan sambung pengajian dalam bidang ni sekalipun, sy tak kisah...sebab pengalaman bekerja sebagai jurumakeup memang memberi kepuasan...
Sekarang pun, sy jadikan bidang ni sebagai bidang yang sy belajar secara tak formal...
Dulu ada jugak makeup orang tunang and kawin bagai...makeup untuk apa-apa event include prom night, birthday and whatever events yang ada permintaan untuk makeup...
And, pernah terlibat dalam tutorial makeup jugak...
Sekarang...sy tak berani...
Sebab...
1. Takda masa, masa sy terhad...sangat...
2. Dah lama tak sentuh barang makeup, so...ke'kekok'an tu memang kompom ado...
3. Barang makeup sy banyak yang hilang...

So...nak dikatakan...khamis kelmarin ni...geng fashion (kolej sy) ada exam...diorang kena design and jahit evening dresses...
Khamis tu waktu pembentangan lah kiranya...
Sy pun dipanggil untuk menjadi jurumakeup...
Dan ramai model yang terkejut...
"Budak pastri jadi jurumakeup..."

Haip...tak semestinya budak pastri tak tahu makeup...
Tak semestinya budak pastri tak tahu baiki plug rosak...
Tak semestinya orang kerja lombong tak reti memasak...
Dan sebagainya...

Ilmu?
Ilmu tu tak semestinya belajar di universiti, IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS bagai...
Di merata tempat boleh dicari ilmu tu...
Antara nak dengan taknak je...

Sy?
Sy belajar makeup daripada pengalaman bekerja sebagai MUA dalam team drama...
Walhal saat tu sy ketingtong...tak tahu macam mana...tapi atas tunjuk ajar senior, sy berjaya jugak...
Sy belajar design dresses? Daripada pengalaman bekerja sebagai wedding dresses designer di butik kawan...
Walhal time tu, sy cuma membantu kemas butik...dan tiba-tiba...buku lakaran baju sy tu, bos sy nampak...lalu dia test sy...
Sy belajar manage team daripada team drama sy, waktu tu sy jadi ketua untuk satu drama ni...macam senang...alaah...drama je pun.tapi hanya orang yang pernah merasa saja yang tahu peritnya...bukan senang nak manage dari lakonan, lokasi, persiapan, perhubungan, logistik dan macam-macam lagi.
Memang banyak dugaan, tekanan dan sebagainya, tapi dalam menuntut ilmu...tak kira apa sahaja ilmu, kita perlu kuat...

Banyak...ramai yang kata sy membuang masa...
Ye lah...
"Kenapa tak sambung belajar, ambil ijazah, master bagai...
kau pandai...SPM dulu pun kau ambil kos sains tulen, result gempak gak..."

Ye...memang itu penting jugak...
Tapi pada pendapat sy...jangan takut andai kita tiada apa-apa sekalipun...
Yang penting pengalaman dan ilmu yang kita kumpul...dan sy plus dengan point...minat...
Dari situ kita cambahkan sebagainya...
Cuma diri ni kena tough...
Memang banyak dugaannya bila kita start dari bawah...
Tapi bila kita start dari bawah tu lah, kita akan lebih menghargai kejayaan kita di masa yang akan datang nanti...
And...kena jujurlah...ikhlas...juga kena jaga adab dan janganlah show off...
Insyaallah...if you be humble to learn something, people might be willing to teach you...

Anyway...itu picture team model dan students fashion (kakak-kakak senior yang akan pergi LI minggu depan) hari Khamis tu...
Sy takde dalam pic...tak layak pun...hahah...
Btw...good luck to all of them...semoga 4flat dalam genggaman...
Aamiin, Insyaallah...

Rantaian Lagu Dangdut???

Aku ada usya...lepak dengan member yang minat dangdut...
Serius secara peribadi aku paling tak suka dangdut...
Tapi tak pula aku suruh orang yang suka dangdut tu berhenti suka dangdut...
Cuma, janganlah melampau sangat eh...
Dan...ada banyak lagi lagu dangdut yang lebih sopan berbanding lagu Gadis Bukan Perawan.
Apo banggo sangat ko takdo daro?
Open minded tu tak salah, tapi biar open minded secara manusia berakal mengikut haluan agama...
Dengar lagu tu, manusia lain turut menyanyi...
Cuba kalau time tu ada jantan yang dengar nyanyian tu...
Jantan tu peduli hape?
Ikan mas ada ngap copat lar...
Tambah lak yang nyanyi lagu yang mana dengan bangganya menyatakan seorang gadis tu pernah terlibat dalam catatan buku romantik hitam...
Plus, alih-alih aweks tu membungkus aurat pulak, bukan menutup aurat...
Haih...peluang nih peluang...
So please lah aweks...
Rasa macam takda hal pun kan dengar and nyanyi lagu yang macam tu...
Tapi bayangkan kalau rantaian kejadian tu betul-betul terjadi?
FYI, semua tu TIDAK MUSTAHIL...

Belajar???

Kalau belajar jaga anak, boleh pergi kindergarden atau ambil upah/sukarela jaga anak sesiapa,
Tapi...
Kalau nak belajar jadi isteri, takkan kau nak borrow laki orang beb? 
Macam mana kelangsungan hidup bagai?
Habis tu kalau kau nak belajar jadi ibu, kau nak kena mengandung and beranak dulu lah kan?
������

Falsafah Si Anak Helang dan Si Pipit

Seekor anak helang yg telah kehilangan ibunya saat dia belum pandai terbang,
Dia mahu terbang, tapi tiada seekorpun burung yang berada di kawasan itu...
Tatkala itu dia terlihat seekor pipit yang terbang mencari makanan,
Lalu dia mengangkat kepala memandang langit, seakan-akan dia gah walhal helang apakah yang gah jika ia tidak tahu terbang...
Si pipit yang sebenarnya mengetahui cuba menanti di dahan sebelah...
Namun tiada juga si anak helang memohon tunjuk ajar...
Akhirnya si pipit cuba meminta dan sukarela untuk mengajar anak helang itu terbang namun ditolak si anak helang...
Si anak helang ingin sendiri cuba untuk terbang, dengan tiada terdaya di pipit, dia hanya melihat si anak helang yang makin ego hanya kerana ianya seekor helang...
Apakah yang akan terjadi kepada si anak helang?
Terbang begitu saja?
Terjatuh ke muka bumi lalu cedera parah?
Terjatuh ke muka bumi serta dengan tak sengajamencederakan kehidupan lain di atas muka bumi itu?
Fikir-fikirkanlah...

Wake your humanity up 1

Anak tak mature lagi...paling tak pun baru dalam 12 tahun...
Otak pun bengong lagi...
Lepas tu bila dia buat kesalahan secara TAK SENGAJA,
Kau pukul dia sampai nak mati...
Dia meraung, memohon, meminta belas kasihan tidak pun kau peduli...
WOIII!!!
Bangkitlah manusia!
Mana menghilang sense manusia kau?
Islam tak ajar kau pukul anak teruk-teruk walaupun dia ada buat kesalahan.
Islam tak ajar kau pukul anak-anak di bahagian kepala.
Islam tak ajar kau sakiti anak-anak tak kira apapun yang dia buat.
Nak ada anak, ajar dan didik dengan cara yang betul.
Kalau fikir stress kau, atau apa-apa sahaja perasaan kau sehingga menganiayai anak-anak kau,
Baik kau jangan ada anak.
Kenapa nak follow syaitan juga?
Kalau kau Christian sekalipun,
Jesus ada ke ajar kau macam tu kepada anak-anak kau?
Kenapa nak follow Judas sedangkan Jesus tu sebaik-baik kehidupan yang kau tahu?
Sedarlah manusia...walau apa sekalipun agama kau...
Baik, Islam, Christian, Buddha, Hindu atau apa sekalipun...

Come on!
Wake you humanity sense up!

Friday

Resepi Ikan Kerapu Kukus

Assalamualaikum...(^-^)
Tadi sy masak kerapu kukus untuk lunch...
Sy masak 3 ekor kecil ikan kerapu tu...licin family sy makan...hahaa...
Alhamdulillah lah kalau betul sedap...
So sekarang, niat sy, nak share resepi ikan kerapu kukus yang sangat simple dan mudah ni...
Bahan-bahan :
1. 1 kg ikan kerapu ( lebih kurang 3 ekor ikan kerapu bersaiz kecil )
2. 5 ulas bawang putih ( tumbuk perlahan dan cincang)
3. 1 inci halia ( cincang )
4. 1/2 tbsp garam
5. 1/3 cawan sos tiram ( kalau tak cukup, tambah, sampai dapat lumur keseluruhan ikan )
6. 1 batang serai ( titik )
6. 1 tbsp perahan limau nipis
Now, cara-caranya :
1. Ambil satu mangkuk, satukan semua bahan-bahan kecuali perahan limau nipis...
2. Lumur campuran bahan-bahan pada ikan kerapu. Kalau nak cantik, ikan kerapu tu korang bagi dia berdiri dan mulut ternganga...nak buat bagi mulut ternganga, korang bagi je ikan tu gigit bawang putih seulas...
3. Letak dalam pengukus, masukkan serai yang telah dititik.
4. Kukus selama 15 - 20 minit...
5. Campurkan perahan limau nipis, kukus lagi 5 - 10 minit...
Okay...Boleh angkat ikan, letak atas pinggan...tapi hati-hati ye, salah angkat nanti...hancurrr...
And...buang tau bawang putih yang dia gigit tu...
Lepas tu, korang akan dapat kuah dia yang warna...tak tahu lah nak kata warna apa...hahaa...
Jangan buang kuah tu, tapi jangan hidang, masin sangat.
So, sekarang, masak gravy dia pulak...Er...apa-apapun, serai tu keluarkan eh...buang je...
Bahan-bahan :
1. Kuah ikan kukus
2. 1 biji bawang kecil ( cincang )
3. 1 cawan air
4. 2-3 biji bawang besar ( hiris )
5. 2 biji tomato ( belah enam setiap tomato )
6. 2 sudu tepung jagung + 1 cawan air ( bancuh )
Cara-cara :
1. Panaskan kuali, masukkan dalam...1 senduk minyak masak...
2. Tumis bawang...
3. Kemudian, masukkan kuah ikan kukus tu...masukkan semuanya...
4. Masukkan pula air...
5. Lepas tu, bawang pulak...
6. Agak-agak bawang tu dah turun manis, masukkan bancuhan tepung jagung...
7. Rasa...kalau korang jenis yang suka masin, ataupun korang rasa kurang masin ke, boleh tambah garam...
8. Akhir sekali masukkan tomato...tutup api...
Selesai...tuang atas ikan kerapu tu...hidang...
Sedia untuk dimakan!
Yummy...
Btw sorry, camera tab sy memang tak cantik, so, gambar memang...
Er...tak membawa selera...

Tuesday

Resepi Pizza

Assalamualaikum...just wanna test to post this in English...but...haha, sorry, just broken English...
Hye...now I wanna share the pizza recipe... I just learned how to make it from Martha Stewart's page...
After that, Im not really remember the measurement of the pizza's ingredient...
So...I just put it, put that, put whatever and just follow my mind...
And also the topping, I just put whatever I had in my kitchen at that time...
But...Alhamdulillah, those pizzas are still delicious...

Firstly, sorry because I forgot to take any picture of them all...I just snap the picture of the last products...


Now, lets look for the ingredients to make the dough...

Here we are
Quick Basic Pizza Dough Recipe

  1. 4 cups of all-purpose flour
  2. 1-2 tsp of instant yeast
  3. 2 tsp of superfine salt ( because I don't like too much salty food, I just put 1 tsp )
  4. 1 tbsp of castor sugar
  5. 1 1/2 cups of lukewarm water
  6. 1/2 cup of olive oil ( it supposed to be 1/4, but because I love the taste of olive oil, I put it 1/2 ) - plus more for bowl and brushing
Okay, now, lets begin! 
  1. Put the lukewarm water into a bowl, then put the yeast...and also the castor sugar...
  2. After it began foamy, about 5 minutes...pour it into a mixer bowl with flour in it...mix it together by using mixer with hook...
  3. Does it looks like...er...what we call it...I don't remember it but we'll see like it being crumb...
    so we put olive oil...
  4. Mix it until it looks smooth...
  5. And lastly put the superfine salt...mix it...
  6. Place it into a bowl ( make sure you grease the bowl first before you put the dough in it )
  7. Rest it bout an hour...whoap! Don't forget to wrap it!
Nah...now we need to spend our free time to make the topping...

Firstly, take all of the ingredients that we need...

Pizza Topping
  1. Olive oil ( as much as you want ) - I use about...1/3 cup of it...
  2. Holland onions ( as much as you want ) - I took just a super big holland onion - diced
  3. Garlic ( bout 2-3 cloves of garlic...i guess ) - crushed
  4. Puree tomato ( about 5-6 tbsp ) - because I love the taste of it
  5. Additional sauce ( bout 2 1/2 cups ) - I use SOS PENCICAH made from Kelantan
  6. Ground beef ( 1 packet )
  7. Button mushroom ( 1 can ) - diced
  8. Grated carrot ( as mush as you want )
  9. Salt 
  10. Mixed herbs OR origano OR basil ( i use basil )
How to do it?
Come on! Lets begin!
  1. Heat the pan fisrt...
  2. Put the olive oil...
  3. Saute the Holland onions and garlic...until it turning yellowish...
  4. Then put the puree tomato and additional sauce...
  5. After a minute, put the ground beef ( chop it fisrt to make it easily *crush...*is that the correct word to use? Er, sorry...broken English )
  6. Then, if it looks dry, pour about a half cup or a cup or water...
  7. Next, put the grated carrot...button mushroom...
  8. Put the salt...
  9. Laaastlyyy, put the herbs...use your tongue to taste either you like the taste or not...if yes, yeah! We're same...but if not...sorry, we don't have the same taste instead...

Now...
We need to roll the dough...
Divide the dough...I don't know how much...it could be 200gm, 300gm...
Because I just took how much I want to...



See? Oh...before you bake it, don't forget to prick the dough with a fork...
Temperature : 180-200 degrees...
Blind baked first for 5-10 minutes...
Then, you can put the topping, pepperoni, mushroom or whatever kinda foods that you love to...
CHEESE! The grated cheddar, mozarela, parmesan or whatever cheese that you want...
I love cheddar and parmeson...so then I put both of them...
Bake it about 15-20 minutes more...
Then...
Done!





This one...actually we need to use the cheese rod...but at that time, I just had the grated cheddar cheese...so...I use it...
Use water, okay...to put the two layers of the dough together...
And...its same like the above one...

See? Oh...before you bake it, don't forget to prick the dough with a fork...
Temperature : 180-200 degrees...
Blind baked first for 5-10 minutes...
Then, you can put the topping, pepperoni, mushroom or whatever kinda foods that you love to...
CHEESE! The grated cheddar, mozarela, parmesan or whatever cheese that you want...
I love cheddar and parmeson...so then I put both of them...
Bake it about 15-20 minutes more...
Then...
Done!



Still the same...do this...do that...BUT...
Don't prick the dough with a fork...
Only after you blind baked it, you can prick the dough with a fork...
Then...same as above work...

Temperature : 180-200 degrees...
Blind baked first for 5-10 minutes...
Then, you can put the topping, pepperoni, mushroom or whatever kinda foods that you love to...
CHEESE! The grated cheddar, mozarela, parmesan or whatever cheese that you want...
I love cheddar and parmeson...so then I put both of them...
Bake it about 15-20 minutes more...
Then...
Done!


Just that...I wish that all of you could understand what Im sharing about...
Im just practicing my English lang...
Thank you very much!
Selamat mencuba!

Sunday

Resepi Choco Moist Mousse Cake

Assalamualaikum...selain daripada kek coklat keju tu sy pun ada buat kek choc mousse ( sebutannya mus, okay...kalau sebut maus---mouse, itu tikus... )

So, disebabkan resepi kek coklatnya, sy guna resepi yg sama, jadi...sy copy paste je lah ye...heheh...

Kek Choco
Bahan-bahan A :


  1. 1 cawan serbuk koko ( sy guna jenama Van Houten, jenama baik jugak tu, jangan lupa ayak tau )
  2. 1/2 cawan susu pekat 
  3. 1 cawan susu segar
  4. 250 gm butter 
  5. 3/4 cawan gula kastor ( sy tambah lagi 1/2 cawan, sebab gula banyak tu tak manis langsung...bagi sy lah...hehe )


Bahan-bahan B :


  1. 135 gm tepung serbaguna ( sy guna tepung superfine Blukey )
  2. 1 tsp soda bikarbonat
  3. 3 nos telur ( sy guna yg gred A punya )



So, alkisahnya...cara-caranya ialah :


  1. Cairkan butter menggunakan kaedah double boiled.
  2. lepas dia cair, korang masukkan gula...kacau sampai dia hancur...
  3. Then masukkan susu pekat diikuti dengan susu cair...
  4. Masukkan serbuk koko...haip...so itu lah adunan bahan-bahan A kita tadi...
  5. Now, slow-slow, kita masukkan telur satu per satu dalam adunan bahan A tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak dan juga soda bikarbonat...
  7. Selesai buat adunan kek choco nih...

Then, bakar selama 30 minit dalam oven...suhu 160...
ATAUPUN, kukus selama 30-40 minit...better kukus lah kot...

Sekarang, bila kek dah masak dan sejuk, kita buat mousse dia pulak...
Bahan-bahannya :
  1. 3 nos kuning telur
  2. 25 gm gula kastor
  3. 250 UHT cream ( pukul guna handwhisk sampai dia agak kental sikiiit je, kalau terlebih, dia split...produk akhir memang buruk )
  4. 125 gm coklat gelap  ( cairkan ye )
  5. 7 gm gelatin + 20 gm air ( masukkan gelatin dalam air [sprinkle] dan double boiled dia kay...
Cara-caranya :
  1. Pukul gula dan kuning telur menggunakan teknik sabayoun ( sorry kalau salah eja ), teknik la-ala double boiled tu jugak...jangan berhenti pukul tau, kalau tak dia jadi telur dadar manis...pukul sampai kental...
  2. Then, alih dia dari tempat yang agak berhaba tu, masukkan coklat yang dah dicairkan...
  3. Seterusnya, masukkan krim UHT tadi, gaul sebati...
  4. Akhir sekali, masukkan gelatin+air tu...

Now, korang just tuang je mousse tu atas kek / cupcake tu...
Dan masukkan dalam chiller...atau.....peti ais lah kan...
Kalau kek besar, gamaknya mau 3-4 jam jugak waktu diambil untuk dia set...
Tapi, kalau cupcake...sejam pun boleh lah...
Nah...pun comot jugak...tapi macam biasalah...rasanya tetap mabeles...

Tata titi tutu...selamat mancuba dan berjaya...
Kalau fail, teruskan mencuba...

Resepi Luxurious Choco Moist Cheezy Cake

Hye...Assalamualaikum...
Baru-baru ni untuk Raya Haji, sy ada buak kek...sebenarnya resepi ni pun sy ambil dari blog...blog siapa ntah...serius tak ingat...mohon halal eh...
Tapi...cerita awal-awal, layer kek sy tak cantik langsung.,..tapi rasanya mengagumkan lah jugak...hehe...

So...nak habaq mai noh...ni bahan-bahan untuk buat kek ni...

Kek Choco
Bahan-bahan A :

  1. 1 cawan serbuk koko ( sy guna jenama Van Houten, jenama baik jugak tu, jangan lupa ayak tau )
  2. 1/2 cawan susu pekat 
  3. 1 cawan susu segar
  4. 250 gm butter 
  5. 3/4 cawan gula kastor ( sy tambah lagi 1/2 cawan, sebab gula banyak tu tak manis langsung...bagi sy lah...hehe )
Bahan-bahan B :

  1. 135 gm tepung serbaguna ( sy guna tepung superfine Blukey )
  2. 1 tsp soda bikarbonat
  3. 3 nos telur ( sy guna yg gred A punya )


So, alkisahnya...cara-caranya ialah :


  1. Cairkan butter menggunakan kaedah double boiled.
  2. lepas dia cair, korang masukkan gula...kacau sampai dia hancur...
  3. Then masukkan susu pekat diikuti dengan susu cair...
  4. Masukkan serbuk koko...haip...so itu lah adunan bahan-bahan A kita tadi...
  5. Now, slow-slow, kita masukkan telur satu per satu dalam adunan bahan A tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak dan juga soda bikarbonat...
  7. Selesai buat adunan kek choco nih...
Now, kita beralih pulak pada resepi 
Lapisan cheese
Bahan-bahannya...
  1. 250 gm cream cheese ( sy guna jenama Anchor )
  2. 100 gm coklat masakan putih ( sy guna Colatta White Compound Choc, cairkan )
  3. 2 nos telur gred A
  4. 30 gm tepung gandum / superfine ( ayak tau, wajib! )
So, what should we do now?
Okay, sediakan mixer dan paddle...nak pukul by hand pun boleh, tapi kalau rasa kuat lah...huhu
  1. Pukul cream cheese sampai dia tak berketul keras macam yang asal tu...
  2. Lepas tu, masukkan coklat putih, diikuti dengan telur satu per satu...
  3. Akhir sekali, masukkan tepung...haa...siap adunannya...
Then...korang decide lah nak buat sebiji besar ke, cupcake ke...hak korang sendiri...
Kalau nak buat kek besar, make sure loyang tu korang gris dengan butter tau, kalau tak nanti produk korang melekat kat loyang tu, tak nak keluar-keluar dia...

Tuang lapisan pertama ( adunan kek choco )
Kukus selama 15 minit...nak bakar pun boleh...
Suhu kek besar = 180 darjah celcius
Suhu cupcake = 160 darjah celcius

Lepas tu, angkat keluar, tuang adunan cheese pulak sebagai lapisan kedua...
Masukkan semula dalam pengukus ataupun oven...

Dan begitulah seterusnya sehinggalah korang dapat produk yang korang nak...

Unutk coating...korang boleh buat icing, coklat ganache, atau apa sahaja topping yang korang minati...tapi kalau kek korang memang tiptop dari awal lagi, tak perlu coating kot...hehe...
Maybe kalau kukus, layer kek tu akan jadi lebih cantik...
Ni yang kek besar punya, sy coating dengan icing, tapi tak cantik, sebab icing cair...tangan sy panas...sangat
Bahkan, waktu sy duduk dalam bilik aircond selama 6 jam, tangan sy masih panas walaupun sy kesejukan...

Ini pulak, cupcake...

Kurang menarik tapi percayalah, rasanya memang mabeles...
Thanks... ^_^

Wednesday

Diri, Yourselves

Jangan pernah bermimpi orang menyayangi kita, jika tak tahu menyayangi diri sendiri,
Jangan pernah bermimpi orang menghargai kita, jika tak tahu menghargai diri sendiri,
Jangan pernah bermimpi orang menghormati kita, jika tak tahu menghormati diri sendiri,
Biar apapun orang perlakukan kita, jangan kita terasa sendiri,
Bila penat kita tangisi nasib diri,
Bangkit berjalan dan belajar untuk berlari atas diri sendiri,
Kerana masa depan kita, kita yang tentukan sendiri...

Don't you ever think the others will love you, if you don't know how to love yourselves,
Don't you ever think the others will appreciate you, if you don't know how to appreciate yourselves,
Don't you ever think the others will respect you, if you don't know how to respect yourselves,
Whatever the others did you, don't you think that you're just with yourselves,
After you're tired crying the fate of yourselves,
Stand up, walking and then running by your ownselves,
Because the future of yours, you choose it by yourselves...

Hukum Perkahwinan Berlainan Agama

Dalam Islam, kita dituntut untuk berkahwin dan besarkan keluarga Islam di atas muka bumi ini. Tetapi...
Boleh ke nak kahwin dengan orang yg bukan seagama dengan kita?
Kita beragama Islam...
Boleh tak kalau nak kahwin dengan orang yg beragama Buddha ke, Hindu ke, Kristian ke, atau yg mengamalkan kepercayaan Animism ke...

Boleh! Asalkan kamu mampu buat hingga dia memeluk Islam terlebih dahulu...

Okay...SEBENARNYA...
Kita tidak boleh untuk mengahwini sesiapa sahaja yg bukan beragama Islam...
Andai kita tetap berdegil, perkahwinan itu automatik akan menjadi perkahwinan yg TIDAK SAH...

Apa kesan rantaian daripada perkahwinan yg tidak sah ini?

Kesannya bermula apabila pasangan itu melakukan hubungan seks, yg mana hubungan itu sebenarnya terlarang.
Mudah kata, mereka ini sebenarnya berzina.
Jadi, jika mereka memperoleh anak melalui perhubungan itu, maka anak itu sebenarnya merupakan anak zina. Jadi bagaimana pula dengan perkahwinan yg seterusnya? Apatah lagi jika anak itu mengikut jejak ibu bapanya iaitu mengahwini orang yg bukan seagama dengannya.
Anak zina, bererti mereka itu kabur dari segi siapa bapa mereka...walaupun memang jelas benih itu daripada si bapa, mereka sebenarnya tidak layak di'bin' atau di'binti'kan kepada nama si bapa. Malahan, si bapa itu tidak layak menjadi wali mereka. Bagaimana pula mereka mahu berkahwin? Mereka kira si bapa itu ialah bapa mereka sedangkan bukan.
Jadi permasalahan ini akan terus-terusan berlanjutan dan selagi mana ia berlanjutan, selagi itu lah dosa dikumpul.
Wallahu'alam, untuk kes status ini, sy kurang mengetahui, jadi sy tak dapat share secara detail.

Jangankan kata mengahwini orang yg bukan seagama, andainya sewaktu berkahwin kedua-dua suami isteri itu Islam, tetapi setelah berkahwin, salah seorang mereka murtad ( keluar dari agama Islam ), perkahwinan itu secara automatik terfasakh dengan sendiri.

Fasakh, ia adalah pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat yg tidak dipenuhi...
Syarat sah perkahwinan adalah kedua-duanya Islam, jadi, jika salah seorang keluar dari Islam, tamatlah berakhirlah hubungan rumah tangga mereka.
Tetapi mereka masih boleh kembali bersama, dengan syarat, kembali pada Islam dan dengan lafaz akad nikah yg baru ( berkahwin semula ).

Pendek kata di sini, perkahwinan berlainan agama adalah tidak sah di sisi Islam kerana syarat sah perkahwinan menurut Islam juga adalah, kedua-duanya perlu beragama Islam.
Sekian, sy hanya mampu share apa yg termampu sahaja.

Monday

What Love Is

When someone talking about love...
What do you think love is?
Now, i wanna say bout 'boyfriend'...or 'girlfriend'...
Do you have any couple? Or maybe 'sparepart', if you are really such a player...
Huhu...sorry...
Okay...
Now...whats the meaning of love?
Whats the thing that make you say, you're fallin love?
Is it when you feel happy to be with him/her?
Is it when you feel safe when you are with him/her?
Or what?
In love...
I used color as the simple thing to show whats love...
In my opinion...
Love...is white...
And the enemy of love is lust...lust is black...
How you can get black color?
Its simple easy...just mix all of the colors from premier color, secunder color and tertier color...
And only then you'll get black...
But white?
White color is before you combine any color with it...
Beautiful white heart...
Can you combine whatever color to get white?
No...you can't!
Mix red? It will be pink...
Mix green? It will be light green...
Mix all colors? You'll get either black or grey...depends on how worse the colors you put on...
Grey? Its not white...its the combination of white and black...
So...thats why i said...love is white...
Come on...share your opinion bout this...
I won't say your opinion is wrong...and i won't say mine is wrong...
Because everyone has it own opinion...
What important is...
Respect each other's opinion...

Saturday

Nama-nama Panggilan

Kisah di sebalik nama...
Siapa yg ada banyak nama panggilan?
Angkat tangan...
Kekadang aku sendiri tak faham kenapa kita ada banyak panggilan...
Tapi lantaklah...selagi mana panggilan-panggilan tu bukanlah panggilan yg buruk dan hina...
So...nama-nama panggilan aku...berserta kisahnya ( yg mana aku tak pernah share sembarangan dengan orang, but now, aku nak share eh )...

1) Wani...aku tak kisah dengan panggilan yg ni sebab memang ini nama aku...so its okay...dari sini ada cambahan gelaran...macam WANI THE PUU (kakak kepada winnie the pooh kata mereka), Wani Brutal...

2) Wawa...nama ni datangnya daripada seseorang yg malas panggil aku wanie...jadi dia panggil 'Wa', dan kadang kala aku tak dengar, dia ulang suku kata 'Wa' tu, dua kali...so jadilah Wawa...yg mana sekarang ni ramai jugak yg panggil aku Wawa...

3) Az...nama ni merupakan salah satu suku kata nama aku...orang yg mula-mula panggil aku Az, disebabkan tingkah aku yg kasar...jadi dia panggil aku Az sebab ada spirit 'kasau' dalam tu...huihhh...dan dengan nama ni juga wujudnya seorang 'kembar' aku ( yg dulunya rapat dengan aku tapi sekarang, entahlah ), dia 'Iz'...

4) DikNi...hehe...yg ni arwah kakak angkat aku yg mula panggil DikNi...disebabkan nama kami sama, 'Wani'...jadi dia convert nama 'Wani' aku kepada 'DikNi'...katanya...kedengaran manja sikit...sebab? Dik kan Adikkk...

5) Awan...sebenarnya...katanya, nama ni berdasarkan nama betul aku, beserta dengan tingkah aku...katanya aku awan...
Tapi tak diketahui awan yg macam mana...aku pernah tanya dia..."Kenapa kau panggil aku Awan?"
Katanya, "Sebab...kau tu memang macam awan...awan yg tak dapat dipastikan sama ada akan hujan, ribut, cerah, mendung atau sebagainya."
Sentap mula-mula dengar jawapan dia...
Selain daripada dia, ada seorang lagi yg turut panggil aku, Awan...

6) KakNi / KakNgah...panggilan ni 'famous' sewaktu aku dalam satu kelab kaunseling ( bukan under sekolah or kolej )...okay...no need to explain more...

7) Shitashii / Ashii-san...nama ni 'famous' waktu aku bersama team teater aku ( bukan under sekolah atau kolej )...yeah...padan dengan aku yg gila b.jepun ( tapi sekarang haram aku taktau apa ), jadi mereka ni translate nama aku dalam jepun...kenangan berharga bersama mereka...bermula dengan aku seorang kuli, kepada pelakon, kepada penulis skrip, kepada director...
Alkisah sebenarnya...macam mana aku boleh jadi director...adalah sebab satu incident kemalangan...yg merosakkan peti suara aku secara permenant...so...bila aku sedar suara aku KO, aku tak mampu menyanyi dengan high pitching and macam-macam lagi...aku try 'direct' satu musical english drama yg aku campur ( daripada beberapa drama-drama english )...now...aku sengaja putuskan hubungan dengan semuanya...okehhh...tamat...jangan diungkit minat yg aku WAJIB kuburkan...

8) Azwa...ni...aku tak tau nak explain...tapi aku tak kisah sangat...sebab nama ni wujud melalui nama sebenar aku jugak...

9) Kana...yg ni...mulai famous saat aku berada di kolej yg paling terbaru...tiada penjelasan bagi nama ni memandangkan nama ni sebenarnya jauh menyimpang daripada nama sebenar aku...
But for real...i like this name...bahkan kalau orang tanya nama aku sekarang ni, aku cenderung untuk jawab..."Nama saya, Kana."

10) Dulu ada jugak yang panggil Ustazah Rare...sebab aku memang jenis 'ustazah' yang sempoi...nak ajak main tuju kasut or buat persembahan atas pentas pun boleh...boleh menggila jugak...at the same time...boleh share ilmu...ala ala usrah gitu...

11) Selain dari ustazah...ada yang panggil Akak Rare...kata mereka, sebab aku berani buat something yang different than others...ntah lah...huhuhu

12) G.B. yang ni rahsia...nama panjang bagi GB pun, rahsia jugak...huhuhu

Awak semua pulak? Cer share awak punya nama-nama panggilan berserta 'sejarah'nya...

Defrost ketulan ayam

Ibarat defrost kan ketulan ayam yg membeku dalam peti ais ke dalam microwave...
Semakin besar ketulan ayam itu, semakin lama tempoh yg diambil untuk menyahbekukan ia...
Ini sama sahaja dengan diri manusia...
Pabila ia terus2 disakiti ditambah pula dengan kebiasaan diri yg kemungkinan menjauhkan diri dengan Islam,
Pastinya dendam dan sifatnya menebal juga menjadi darah daging...
Bekunya ketulan ayam sampai ke dalam...
Jadi, kekuatan gelombang juga perlu dilaksanakan lebih lama agar ia menusuk hingga smpai ke bahagian isi yg paling dalam...
Supaya ia tidak lagi membeku...

Friday

Jejak Kejayaan

Ketika kau meniti jambatan cita-cita ini,
Terminal jaya di sana,
Masih samar dan berkabus,
Langkahmu pasti akan tersadung
oleh onak kelalaian,
Terhenti oleh hambatan pesona masa,
Lorongmu tidak selurus trek balapan,
Jalanmu masih panjang dan berliku,
Selekoh godaan pasti kau temui,
Simpang pujukan pasti kau tempuhi,
Namun tu adalah kerabu kehidupan,
Insan yang dambakan kejayaan,
Lampu ilmumu biar terang,
Tongkat hidayahmu biar kukuh,
Langkah cita-citamu biar tegap,
Destinasimu biar satu,
Imanmu biar padu,
Cita-citamu biar membatu,
Kejayaanmu ada di situ.
-R.Azali-

Tuesday

Hukum usya KPOP

Assalamualaikum...
Sekarang ni masih famous ke KPOP?
Mungkin lah kan...
Dengar2...isu KPOP...KPOP haram!
Eh, yeke?
Kenapa haram pulak?

Izinkan sy explain kenapa haram mengikut kefahaman sy sendiri...sy dah 'spy' pasal ni 4 tahun yg lalu lagi...
Tapi baru sekarang berpeluang untuk share di media...

Jadi...pointnya ialah...

1. Membuang masa
Apasal pulak? Yelah...korang sanggup habiskan masa korang, menatap bendalah empat segi tu untuk download semua lagu yg dicintai. Sanggup usya semua perihal2 artis yg disukai...kononnya fans perlu tahu lah tentang artis tu...
Takpe lah...tapi cukuplah ambil tahu sekadar nama, kumpulannya dan lagunya...tak perlu tahu dengan siapa dia selalu keluar, warna dan pakaian jenis apa yg selalu dia kenakan bila nak keluar, dia ada gf/bf atau gay atau lesb ke...tak perlu tu semua...melainkan ada termasuk dalam surat khabar atau berita ( dan korang memang selalu baca surat khabar or tengok berita ), bacalah...tapi selepas baca tak perlu pecah mulut terbang ke sana ke mari bersiul-siulan tentang apa yg dibaca...tak perlu jadi monyet yg teruja mendapat harta karun lanun tu...
Faham? Bila korang usya tu lama...korang sanggup TINGGALKAN SOLAT korang, TINGGALKAN BACAAN AL-QURAN korang...alasan? Tak sempat? Tak sempat?
Fikirkan...

2. Fanatik babun
Tak baiklah gelarkan orang 'babun'...e eh...jangan salah faham...sy tak gelar korang, babun...sy kata FANATIK BABUN...
Ertinya?
Korang terbaca..."San Dara antara artis KPOP yg mengekalkan wajah aslinya"
Dan korang pun terus jadi shock current...
"Weiyh, aku tak tau pulak...weiyh comelnyaaa...weiyh...comel gila...dah la memang aku minat dia...kalau lah aku secomel dia..."
Whoappp!!!
Secomel dia? Kenapa korang tak comel ke?
Semua yg Allah cipta tu cantik, comel, segak, handsome...tapi manusia yg membeza-bezakan kesemua tu mengikut citarasa tersendiri...
Minatnyeee dekat G-Dragon ( GD )...seminggu kemudian...
Korang pegi qoza...sebelah je ada rambut...pakai seluar yg fit...dan macam2 lagi...
"Apasal kau pakai macam ni?"
"Nak buat macam mana...aku minat GD, ni cara aku tunjukkan kesetiaan minat aku..."
Pergh...bukan ke...ada dikatakan...
'Barangsiapa yg menyamai suatu golongan itu, maka dia juga termasuk dalam golongan itu'
Bangga ke termasuk dalam golongan KPOP?
Sinis lagi...bangga ke masuk neraka?
Fikirkan...

3. Amal mungkar, nahi ma'ruf
E eh...bukan sepatutnye AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR ke? Yup...memang pun...amalkan kebaikan jauhkan kemungkaran...
Tapi apa yg diperlihatkan kepada mata sy...amalkan kemungkaran jauhkan kebaikan...
Kenapa pulak? Ehhh...kalau takde bukti takde sy cakap macam tu...
Bila korang usya cerita Korea...dorang itu ini bagai...
Waaa...so sawittt mehhh...( so sweet )
Then dari situ korang berjinak dengan minyak sawit tu...erk...peluk sana sini...raba sana sini...
Selama sy berjinak dengan Islam...takde pulak kata kita boleh saling meraba...saling berpeluk bukan mahram...saling berciuman...saling membuat patung bernyawa yg akhirnya terjumpa di merata tempat termasuk lubang jambat, tong sampah, longkang bagai...
Hurm...so...fikirkanlah ye...

4. Percubaan menjadi cantik yg bodoh
Apa tu?
Kan korang nak jadi cantik...mostly perempuan lah...
Bagi perempuan...beauty is everything...everything is beauty...
Jadi...yg takde duit tu...boleh gah lagi sebab apa2 hal yg melibatkan duit akan tersekat...
Yg kaya? Mulalah nak pergi buat proses sedut lemak lah...operate sana sini lah...botox lah...macam2 lagi bendalah yg dibuatnya...buatnya jadi huduh lagi baru nak nyesal...
Ingatlah...HARAM kita ubah ciptaan Allah...
Ni baru yg kaya...kalau yg miskin tapi batak giler???
Mahunya dicari duit demi hal tu je...kalau cara halal, boleh jugak lah...itu pun tetap akan jadi haram rasanya bila dikaitkan sebab mencari duit...ye lah...cari duit untuk suntikan botox? Untuk plastic surgery? Duit tu boleh jadi suci ke?
Itu tara yg kerja halal...tambah pulak yg kerja haram?
Wallahu'alam...
Jangan kata nonsense, benda ni tak terjadi...sebab hakikatnya memang ada...cuma bukan berlaku di depan mata korang...

5. Illuminati
Eh??? Ya...illuminati...sebenarnya...salah satu cara untuk sebarkan kesyaitanan pada seluruh umat...adalah melalui KPOP...
Kesyaitanan?
Termasuklah Freemason...dan macam2 lagi...DAJAL!...
Pemujaannya...
Tatoo yg ada pada tangan Yeo Seob ( sorry kalau salah eja nama ) dalam klip video Shock...trang tang tang tulis, ILLUMINATI...
Klip video 2ne1, I am the best...tarian depan piramid...piramid???
Klip video GD banyaknya...pakai rantai lambang 1 mata...
Banyakkkkk klip video, satu mata ditutup dengan tangan ( macam2 gaya asalkan satu mata terlindung ), dajal ada berapa mata?
Lagu Lucifer...Shinee...
Lucifer tu apa? Siapa?
Boleh usya di youtube...SISI GELAP K-POP

So...buktinya sekarang...
Menyebabkan kenapa KPOP diharamkan...
Pasal peluk2 tu...artis Melayu pun ada...Indonesia pun ada...memang ada...tapi sy berkata tentang KPOP jadi bukti pun perlu daripada kelompok tu sendiri...apa guna sy kata...KPOP haram sebab artis Melayu berpeluk? Macam tak berkaitan je...
Tapi...bagi pendapat personal sy...
Tak salah dengar KPOP asalkan...kita tahu limit kita...
Kita tak keterlaluan sehingga berlakunya sebab2 di atas tu...
Sy sendiri ada lagu Korea dalam simpanan sy...lagu semata2 tanpa klip video...
Ada jugak dalam 5-6 lagu...tapi takde lah sampai tak boleh bernyawa bila tak dengar...seminggu dah sy tak dengar lagu Korea...
Alhamdulillah...masih bernyawa...
Dan...aku tak perlu untuk ambil tahu macam2...jujur aku cerita...ahli kumpulan Beast ada berapa pun aku tak tahu...aku tahu Yeo Seob je...tu pun sebab ada fan dia kenalkan kat aku...itu pun...aku cuma tahu nama...kebetulan fan dia cerita yg Seobi tak pandai English...
So...semai2 fikir2 lah...

Monday

Resepi Dorayaki

Alang2 sy ada ciptakan falsafah hati dorayaki,
jadi ingin juga sy share resepi Dorayaki...

Bahan-bahan

* 1 - 3 biji telur ( sy guna 1 biji telur gred A )
* 2/3 cawan gula ( sy guna gula biasa je, bukan gula kastor )
* 1/2 sudu teh baking powder ( atau boleh campur 1/2 sudu teh Cream of tartar dan 1/2 sudu teh Soda bikarbonat, bagi menghasilkan Baking powder )
* 3 sudu besar air
* 1 cawan tepung serbaguna ( sy guna tepung yg paling halus, ayak ye )

Cara-caranya...
Mula2 pukul gula dengan telur...
Guna whisk lah senang...
Pukulll sampai gula hancur...

Lepas tu...korang masukkan tepung dan baking powder...
Gaul, gaul, gaul...
Korang akan nampak macam dia...berketul pelik...
Haa...terus korang masukkan air...
Kacaulah...
Done...

Then korang sediakan periuk pan...yg leper tu...

Decide lh nk buat sebesar mana...
Nak kecik, boleh guna sudu besar je,
Nak besar, boleh guna senduk kecik...
Nak gergasi???
Boleh guna senduk besaaaarrr...

Buka api...panaskan pan...

Korang basahkan kain lap yg bersih...
Perah eh kain tu...biar dia lembap je...
Lap permukaan pan...

Pastu bakar lah ikut sukatan tu...nak kecik, besar atau gergasi...

Jangan letak minyak atau butter bagai...
Tak perlu pun...

Then, bila korang nampak macam permukaan atas tu da berlompang halus banyak3...
Guna skewer ( lidi sate ), belek dari tepi...
Perang belum???
Kalau dah, boleh balikkan...

Bila dah selesai...korang tengoklah yg mana sepadan...pakwe makwe dia...
Yg sama saiz dan bentuk...
Korang letak lah filling apa yg korang suka...
Strawberry ke, coklat ke, kaya ke, butter ke...
Sy letak coklat hazelnut gardenia je...
Kapuh dua...

Siappp!!! Mabelesss

Falsafah Hati Dorayaki

Adakah mudah untuk mengawal hati sendiri?
Pastinya mudah jika kena pada caranya...
Seperti pembuatan dorayaki...
Mixture of ingredients tu ibarat hati kita...
Telur, gula, madu, tepung serbaguna, air...
Kita ambil frying pan, kita buka api...
Api? Panas...
Tapi kita yg mengawal maraknya api tu...
Kita yg perlu jadikannya kecil...
Supaya?
Supaya frying pan kita tak terlalu panas...
Masih panas?
Kita yg perlu lembapkan tuala...
Lap permukaan frying pan...
Tuala tak boleh basah, tak boleh yg kotor...
Nak lap kena hati2...jgn sampai tangan sendiri melecur...
Nak buat dorayaki?
Kecil atau besar?
Sukatannya kita yg tentukan...
Sama ada sesudu besar, sesenduk besar atau apa2 sahaja...
Selepas tuang masuk adunan?
Kawal lah...bila boleh balikkan kepingan dorayaki...
Bila boleh angkat?
Nak balikkan kena tengok dulu... 
Jika sudahpun berlompong2 kecil di bahagian atas dan warna di bahagian bawah da keperangan, 
Boleh lah balikkan...
Nak balikkan...cara kena betul...
Salah cara, menggerutu di bahagian tepi...
Dorayaki tak lawa...
Tapi...jika kita buatnya dgn sebaiknya...
Maka indahlah dan enaklah dorayaki kita...
Jika tidak, 
Maka leburlah, hanguslah, pahitlah, huduhlah dorayaki kita...
Everything depends on our ownselves...

Dewasa

Sebenarnya kita belum cukup dewasa selagi mana kita mengakui bahawa kita telah cukup dewasa.
Ada orang, umur 25 tahun tapi beli makanan pun tersipu-sipu...
Tetapi, ada orang, baru sahaja 7 tahun, telah pandai bekerja, mengumpul duit dan menyara keluarga.
Jadi, tak perlu memandang kedewasaan seseorang itu melalui umur, pangkat atau apa sahaja.
Kerana juga...yg membeza-bezakan tahap kedewasaan orang juga, belum cukup dewasa, selagi mana pembezaannya adalah untuk perbandingan baik buruk suatu hal.
Walaubagaimanapun, pengalaman mendewasakan kita.
Jadi, bersyukurlah kepada sesiapa yg mempunyai pengalaman yg mana orang di sekelilingmu tiada,
Dan berebutlah bagi mendapatkan apa sahaja pengalaman bagi sesiapa yg belum punya pengalaman...

Tapi, jangan pulak jadi bangang...dia tak pernah jadi bohsia tetiba nak ambil pengalaman sebagai bohsia padahal trang tang tang itu haram. Tetapi, kepada yg telah pernah menjadi bohsia, berubahlah dan jadikan pengalaman tu sebagai...?
Tahu-tahu sendiri lah.

Pengemudian Kapal

Jika kita ditakdirkan untuk mengemudi kapal, 
Ke manakah arah laluan yg dipilih? 
Di manakah pelabuhan2 yg akan kita berhenti? 
Apakah bekalan yg sepatutnya kita bawa? 
Berapa ramai kru yg perlu kita adili?
Banyak persoalan walhal itu hanya satu perkara,
Belum lagi beribu perkara...

Pembelajaran mengguris

Memukul menghukum mendenda dia sebelum mengetahui siapakah pesalah sebenar membawa kepada kebencian yg menghancurkan.
Letih bagaimanapun kamu, itulah tanggungjawab kamu.
Jangan menjangka dia untuk menghormati dan menyayangimu andai kamu sendiri tidak adil padanya, tidak memberi hak nya kepadanya.
Jika nanti perilaku dia tidak seperti yg kamu idamkan, jangan salahkannya terlebih dahulu kerana kesalahan itu sebenarnya daripadamu.
Ingatlah...sekali dia terguris, bererti dia belajar untuk terus mengguris...

Fly

Only when you realize that you can't fly anymore, you'll feel hopeless and then you cry...but please don't cry because you feel so hopeless...But cry because you know, this is the minor starter of your strenght...

Falsafah Benih Berbuah

Mahukan suatu kejayaan ni seperti menunggu benih berbuah...
Bolehkah kita dapat buahnya? 
Boleh! 
Tapi bukan daripada benih, ianya daripada pohon...
Kita perlu menanam benih itu,
Tikanya kita menggembur tanahnya,
Memberi baja...
Pasangkan ciri keselamatan yg tinggi daripada serangga ataupun apa2 haiwan perosak...
Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak racun serangga, kerana kelak ia akan merosakkan tumbesaran pohon...
Cantas bahagian2 pohon yg mati agar kesan buruk pd bahagian yg hidup tidak terjejas...
Buang segala lalang atau apa2 tumbuhan parasit...
Mungkin banyak lagi kerja lakunya...
Dan lama juga baru kita dapat melihat pohon itu berbunga 
Akhirnya berbuah...